[VIDEO] Pengasas MyAirline, 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur


SAMAN oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, Allan Goh Hwan Hua dan empat lagi syarikatnya berhubung Nilai Penebusan Bulanan dan Pulangan Pembiayaan Bulanan yang tertunggak melebihi RM8 juta akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid menolak permohonan Goh dan empat syarikatnya selaku defendan untuk membatalkan saman itu.

Dalam saman yang difailkan pada 21 Julai 2022 menamakan Goh dan empat syarikat berkenaan iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH). – 14 Disember 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen