[VIDEO] Kadar harga bilik hotel bajet naik?


Jeremy Seng Fikri Ghazali

KADAR harga bilik untuk hotel bajet mungkin meningkat 50% selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) naik 8%.

Justeru, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia berharap Putrajaya dapat mendengar rayuan mereka dan tidak mengabaikan industri itu di mana setakat ini 50 bajet hotel sudah gulung tikar.

Presiden persatuan itu Dr Sri Ganesh Michiel berkata mereka kecewa kerana kerajaan tidak bertindak atas aduan mereka.

Jika keadaan itu berlaku, katanya mereka tidak ada pilihan kecuali menaikkan kadar bilik. – 27 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen