[VIDEO] Kenaikan SST 8% tidak akan bebankan orang ramai, kata pakar
KENAIKAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8% berbanding 6% diumumkan kerajaan tidak memberi kesan kepada pengguna, kata pakar ekonomi dan kumpulan pengguna.
Menurut mereka, cukai itu tidak akan dikenakan ke atas makanan, minuman dan telekomunikasi yang dianggap sebagai barangan penting bagi kebanyakan orang.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu berkata kerajaan akan memperluaskan skop perkhidmatan bercukai termasuk perkhidmatan logistik, pembrokeran, pengunderaitan dan karaoke.– 18 Oktober, 2023.
Komen