[VIDEO] Ketepikan hal politik, bersatu selamatkan Palestin


Jeremy Seng Kamal Ariffin Fikri Ghazali

PERHIMPUNAN solidariti untuk Palestin di Masjid Negara petang memisahkan pandangan politik kepartian selepas dilihat kehadiran beberapa pemimpin parti pemerintah dan pembangkang.

Pemimpin utama Amanah Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh, dan Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim bersama-sama berhimpun bersama Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut mengecam tindakan Israel terhadap Palestin.

Pemuda UMNO menyeru dunia Islam untuk bersatu bagi menentang kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Dr. Akmal Saleh berkata ini kerana ia bukan soal politik, tetapi agama. – 13 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen