[VIDEO] Dipanggil polis isu ucapan pilihan raya? Hadi sedia kerjasama


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

HADI Awang mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan berhubung suatu laporan polis terhadap ucapannya dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, memuatnaik status dalam Facebook berkata pihaknya dihubungi pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Namun beliau tidak memberitahu kenyataan apa yang menyebabkan Presiden PAS itu dipanggil.

Hadi memberikan ceramah pada hari pertama PRK DUN Simpang Jeram di Markas PAS Bakri.

Hari pengundian di PRK Simpang Jeram ditetapkan pada 9 September, serentak dengan PRK Parlimen Pulai.

Sebelum ini media melaporkan Hadi mengulangi dakwaan kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar Ibrahim boleh tumbang bila-bila masa. – 28 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen