[VIDEO] Penduduk Sg Buloh mahu Adun baharu selesaikan isu pencerobohan padang


Jeremy Seng Noel Achariam Sumardi Susilo

ADUN Paya Jaras yang baru dipilih Ab Halim Tamuri menggesa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertimbangkan untuk tidak menebang pokok di Bandar Rahman Putra (BRP) di Sungai Buloh, Selangor sehingga penyelesaian secara baik untuk masalah itu dapat dicapai dengan penduduk.

“Kita perlu melihat semula isu ini dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik,” kata Adun PAS itu ketika melawat tapak di padang rekreasi yang menempatkan pokok berkenaan.

Pada Selasa penduduk BRP mengumumkan mereka memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju hartanah berhubung cadangan untuk memperluaskan jalan yang akan menceroboh kawasan padang bola sepak.– 25 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen