[VIDEO] Sah kena beku!


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

MENGESAHKAN akaun bank miliknya dan isteri telah dibekukan pihak berwajib sejak semalam, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin membidas tekanan politik dibuat Putrajaya terhadap pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Katanya pembekuan ini merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ekoran pimpinan PN semakin mendapat kepercayaan rakyat.

Tambahnya ia juga merupakan taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN.

Ahli Parlimen Larut itu berkata tindakan pendakwaan politik ini sama dengan kes Muhyiddin Yassin, di mana SPRM dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah terhadap pemimpin PN.

Sejak semalam media melaporkan akaun Hamzah dan isterinya dibekukan dipercayai ada kaitan dengan siasatan berterusan SPRM terhadap ahli politik berkenaan.– 24 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen