[VIDEO] Amirudin angkat sumpah MB Selangor


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

TEKA-TEKI mengenai siapa Menteri Besar Selangor terjawab selepas Amirudin Shari selesai angkat sumpah kira-kira 11.33 pagi tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu menerajui kepimpinan kerajaan negeri itu buat kali kedua.

Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berlangsung hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat Angkat Sumpah Exco pula akan diadakan pada jam 2 petang.– 21 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen