[VIDEO] Rina berhadapan 3 penjuru, calon diiringi dendangan lagu Warisan, zikir


Kamal Ariffin Sumardi Susilo

TERSUNGKUR pada PRU15 di Parlimen Sepang, Rina Harun pemimpin Bersatu mempertaruhkan hayat politiknya di Dun Batu 3, Shah Alam.

Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) sejak pagi tadi berkumpul mengiringi Rina dan calon PN lain mendendangkan lagu bertajuk Warisan nyanyian Sudirman.

Nyanyian tersebut adalah bagi memberikan sokongan dan semangat kepada semua calon yang menuju ke dewan.

Penamaan calon diadakan di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam pagi ini.

Rina berhadapan tiga penjuru calon dari Pakatan Harapan Danial Al Rasyid dan Muda Cheda Razak.– 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen