[VIDEO] PH perlukan BN untuk sekat PN, kata ketua pemuda Umno Selangor


Fikri Ghazali Jeremy Seng Mohd Farhan Darwis

WALAUPUN menguasai 70 peratus kerusi, Pakatan Harapan (PH) berisiko hilang penguasaan di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno Selangor Mohd Imran Tamrin berkata meskipun BN hanya menguasai lima daripada 56 kerusi DUN namun ia mampu membantu menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN itu.

Jelasnya, PH tetap memerlukan BN walaupun prestasi gabungan itu terus merundum teruk sejak pertama kali hilang pegangan di Selangor ketika pilihan raya umum 2008.

Antara rekod terbaik BN adalah menang 54 daripada 56 keseluruhan DUN Selangor, ketika Pilihan Raya Umum ke-10 pada 2004, namun bilangan kerusi dimenangi mereka terus berkurangan pada siri pilihan raya berikutnya iaitu kepada 20 kerusi pada 2008, 12 kerusi pada 2013, dan empat kerusi pada 2018.

BN berjaya menambah satu kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih menjadikan mereka mempunyai lima kerusi.

Manakala rekod PH di Selangor pula menunjukkan trend peningkatan apabila daripada menang 36 kerusi pada 2008, meningkat kepada 44 kerusi pada 2013 dan menjadi semakin kukuh apabila kerusi dimenangi meningkat kepada 51 pada 2018. – 16 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen