[VIDEO] Dr Mahathir setuju beri PM masa lanjutan jawab tuntutan


DR Mahathir Mohamad bersetuju memberi masa lanjutan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim hingga Isnin depan untuk menjawab notis tuntutannya.

Ia berhubung kenyataan Anwar yang mendakwa bekas perdana menteri itu antaranya membawa duit ke luar negara secara salah.

Dalam satu kenyataan, Tetuan Rafique berkata Dr Mahathir tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan lanjutan masa yang dikemukakan melalui Tetian Thomas Philip yang memohon hingga 17 April untuk menjawab. – 5 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen