[VIDEO] Operasi hospital sibuk dengan pesakit seperti biasa


Jeremy Seng Seth Akmal

MESKIPUN ada ancaman mahu meneruskan mogok selama tiga hari bermula hari ini, namun hospital kerajaan beroperasi seperti biasa.

Tinjauan The Malaysian Insight di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati, operasi berjalan lancar malah pusat kecemasan dipenuhi dengan petugas dan pesakit seperti sedia kala.

Beberapa pesakit yang ditemui di Hospital KL berkata mereka tidak melihat sebarang perbezaan operasi hari ini malah khidmat kesihatan tidak terganggu.

Seorang warga emas, pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Kalsom berkata rawatan yang diterimanya seperti biasa dan tiada tanda-tanda kekurangan petugas.

Malah keadaan pusat kecemasan hospital adalah seperti biasa iaitu sesak pesakit. – 3 April, 2023


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen