[VIDEO] Mahkamah kembalikan pasport Zahid secara kekal


TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit.

“Mahkamah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah,” kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Lim Chong Fong. – 27 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen