[VIDEO] Pengimport telur ancam saman Azmin atas dakwaan rundingan terus
J&E Advance Tech Sdn Bhd menafikan dakwaan pemimpin Bersatu, Azmin Ali bahawa mereka menerima kontrak untuk mengimport telur melalui rundingan terus daripada kerajaan.
Syarikat tempatan itu dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan bekas ahli Parlimen itu sebagai tidak benar dan sebagai percubaan untuk mengelirukan orang ramai.
Syarikat itu menambah mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) itu. – 13 Mac 2023.
Komen