[VIDEO] Tuduhan terhadap Muhyiddin mahu lemahkan PN menjelang PRN, kata penyokong


TAKTIK politik kotor dan sengaja mahu melemahkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) lebih-lebih Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Itu pandangan para penyokong yang ditemui The Malaysian Insight sewaktu berhimpun menyatakan solidariti terhadap pengerusi PN Muhyiddin Yassin di Mahkamah KL pagi tadi.

Muhyiddin berhadapan dengan enam pertuduhan rasuah dalam projek Jana Wibawa melibatkan wang berjumlah lebih RM420juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga dijangka berdepan pertuduhan baharu di Mahkamah Shah Alam pada Isnin. – 10 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen