[VIDEO] Muhyiddin dijangka didakwa esok, kata SPRM
BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin mungkin akan didakwa di mahkamah esok, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Beliau turut mengesahkan presiden Bersatu itu sedang diambil keterangan oleh agensi antirasuah di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM hari ini pada 11.17 pagi tadi disambut ratusan penyokong Perikatan Nasional dan ahli parti komponennya.
Muhyiddin hadir untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau Jana Wibawa, yang dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.
SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan Jana Wibawa, termasuk wang yang masuk ke akaun milik Bersatu dan digunakan semasa pilihan raya umum lepas untuk kempen PN. – 9 Mac, 2023.
Komen