[VIDEO] BN Selangor mahu rebut kerusi Perikatan
PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) Selangor tetap mahu mempertahankan lima kerusi negeri yang dikuasainya ketika ini dalam pilihan raya negeri (PRN) kelak.
Pemimpin akar umbi BN memberitahu The Malaysian Insight, mereka juga mahu berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merebut kerusi dimenangi PN dalam pilihan raya umum 2018.
Bendahari Umno Selangor Kamaruzzaman Johari berkata ia antara perkara yang dapat diusahakan bersama gabungan PH dalam gerak kerja menuju PRN yang perlu diadakan tahun ini. – 6 Mac, 2023.
Komen