[VIDEO] Dapur Jalanan kembali saji makanan kepada miskin bandar KL


Seth Akmal

COVID-19 bukan sahaja meragut banyak nyawa tetapi menghentikan banyak aktiviti hingga memaksa orang ramai berkurung dirumah.

Setelah hampir tiga tahun bergelut dengan pandemik, kini Dapur Jalanan kembali di Jalan Panggong menjamu golongan miskin tegar di kota Kuala Lumpur.

Penyelarasnya Quratulain Atiqah berkata sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac 2020, Dapur Jalanan hanya mengagihkan makanan dalam bungkusan.

Ini kerana cara itu bersesuaian dengan peraturan yang ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19. – 5 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen