[VIDEO] Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB


BEKAS perdana menteri Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy bebas dari pertuduhan mengubah laporan akhir audit firma itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie bagi pertuduhan itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut memutuskan bahawa Arul Kanda layak mendapat sijil indemniti yang menghalangnya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang. – 3 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen