[VIDEO] Azmin Ali umum berehat seketika dari arena politik


AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik.

Menerusi ciapan di Twitter,  Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata keputusan itu dibuat kerana beliau perlu membuat perancangan terbaru.

Bagaimanapun, beliau berkata keazamannya untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan terhenti. – 13 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen