[VIDEO] Permohonan batal petisyen pilihan raya Marang diputuskan 12 Februari


Diyana Ibrahim Fikri Ghazali

MAHKAMAH Pilihan Raya yang bersidang di Kuala Terengganu hari ini menetapkan 12 Februari untuk memberikan keputusan sama ada akan mendengar atau menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRu15) bagi kawasan Parlimen Marang.

Hakim Hassan Abdul Ghani menetapkan tarikh keputusan itu selepas mendengar hujah peguam-peguam yang mewakili Presiden PAS Abdul Hadi Awang selaku pemenang kerusi Parlimen Marang dan pihak pempetisyen daripada Umno Terengganu.

Hadi diwakili pasukan peguam Perikatan Nasional (PN) diketuai oleh Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung PAS, sementara peguam Mohd Hafarizam Harun mengetuai barisan peguam bagi pihak pempetisyen.

Hassan, yang juga hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, turut meminta peguam kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujah tambahan secara bertulis sebelum 6 Februari. – 30 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen