[VIDEO] Ia kempen politik, ucapan ceramah PRU15 tiada unsur fitnah terhadap Anwar, kata Muhyiddin
BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa ucapannya semasa ceramah “Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berunsur fitnah, sebaliknya adalah komen yang adil.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa ucapan tersebut adalah sebahagian daripada kempen politik untuk menyokong seorang calon PRU15 bagi kawasan Parlimen Padang Serai ketika itu.
Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan Anwar Ibrahim terhadapnya, Muhyiddin berkata Anwar sebagai ketua kerajaan perpaduan, pemimpin Pakatan Harapan dan perdana menteri tidak harus tersinggung terhadap kritikan dan pertanyaan yang ditimbulkan olehnya semasa ucapan-ucapan politik. – 20 Januari, 2023.
Komen