[VIDEO] PRN sesuai selepas Mei, kata bekas pegawai SPR
PILIHAN raya di enam negeri yang masih mempunyai mandat daripada pilihan raya 2018 sesuai diadakan selepas bulan Mei tahun ini.
Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar ini kerana tarikh tersebut tidak terlalu rapat dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pertengahan November lepas.
Pilihan raya selepas bulan Mei juga akan membolehkan SPR menguruskan pilihan raya di enam negeri berkenaan dengan lebih selesa dan lancar.
Ia juga mengambil kira faktor pengundi beragama Islam yang akan menunaikan ibadat haji pada hujung Jun. – 19 Januari, 2023.
Komen