[VIDEO] Jangan biar usul 'top 2' tidak dipertandingkan lulus, gesa Khairy
BEKAS ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyeru supaya perwakilan Umno bahagian menolak usul tak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden kerana beliau difahamkan usul tersebut akan diluluskan secara paksa (bulldoze).
Khairy mendakwa tanda nama di kerusi-kerusi di Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah pun dicabut dan ditanggal supaya perwakilan-perwakilan import boleh dibawa masuk bagi menyorak menolak jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan. – 14 Januari, 2023.
Komen