[VIDEO] Umno kecundang kerana perang kognitif PN, kata Mohamad
PERANG kognitif yang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) di media sosial telah berjaya mempengaruhi golongan muda untuk menolak parti Umno, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.
“Cognitive war yang dilancarkan oleh lawan kita, secara konsisten menggunakan ruang maya sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat terhadap Umno,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi. – 12 Januari 2023.
Komen