[VIDEO] Rundingan kerusi Perikatan hadapi PRN 80% siap, kata Hadi
PERSEDIAAN Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) termasuk pengagihan kerusi telah siap 80 peratus.
Timbalan Pengerusi PN Abdul Hadi Awang berkata perbincangan berkenaan telah diadakan bersama parti-parti komponen dalam gabungan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lepas.
“Persediaan untuk menghadapi PRN serta pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi asas perbincangan kami pada masa itu.
“Boleh dikatakan 80 peratus telah siap dan seterusnya kami akan perhalusi strategi untuk menghadapi PRN,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di George Town, malam tadi. – 10 Januari 2023.
Komen