[VIDEO] Anwar adakan rundingan damai


PERSELISIHAN politik Sabah dijangka dapat diselesaikan hari ini dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan rundingan perjanjian damai dengan semua parti yang berbalah.

Menurut laporan The Star, Anwar dijangka ke Kota Kinabalu petang nanti, selepas tamat lawatan kerja rasminya ke Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dijangka turut serta dalam mesyuarat itu nanti.

Situasi politik di Sabah bergolak selepas Umno/Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongannya kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor, menyebabkan pakatan pemerintah hilang majoriti. – 9 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen