[VIDEO] KDN uruskan pekerja asing


Jeremy Seng Fikri Ghazali

FUNGSI pengurusan pekerja asing di Malaysia kini akan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri, kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Beliau berkata pihak berkepentingan seperti majikan, industri, persatuan dan pekerja asing tidak perlu bimbang dengan perubahan dasar ini yang dijangka bermula pada 15 Januari 2023.

“Ini kerana penjajaran semula fungsi ini tidak akan menjejaskan prosedur dan aliran permohonan penggajian pekerja asing sedia ada, memandangkan tumpuan kepada penjajaran semula lebih kepada tadbir urus,” katanya pada sidang media bersama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini tugas itu dikongsi oleh kedua-dua kementerian sehingga menyebabkan kekeliruan dan kelewatan majikan mengambil pekerja asing.. – 5 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen