[VIDEO] Umno tidak berhasrat halang jawatan tertinggi dipertandingkan, kata Isham Jalil


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

UMNO tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana ahlinya daripada bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden, dalam pemilihan, kata Ketua Penerangan Isham Jalil.

Parti itu juga katanya tidak berhasrat untuk meminda perlembagaan mereka bagi menghalang kedudukan tertinggi parti itu daripada dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

“Setakat hari ini tiada perancangan untuk meminda perlembagaan (Umno) untuk membolehkan jawatan itu tidak dipertandingkan. Tidak ada.

“Sebab tidak ada pindaan perlembagaan ini secara teknikalnya sesiapa nak bertanding dia bertandinglah,” katanya, kepada pemberita, dalam satu program di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, hari ini. – 5 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen