[VIDEO] Tarif elektrik naik hanya bagi syarikat gergasi, kata PM


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kenaikan tarif elektrik tidak akan dikenakan ke atas rakyat umum terutamanya pengusaha kecil sederhana dan juga industri pengeluaran makanan.

Katanya, ia hanya akan dikenakan ke atas syarikat antarabangsa yang menghasilkan produk untuk eksport.

Jelasnya tarif terlalu rendah buat syarikat gergasi sedangkan mereka mengaut keuntungan yang tinggi.

Beliau mengakui kenaikan perlu dibuat kerana kerajaan perlu menanggung beban sehingga RM30 bilion sekiranya tidak melakukan tindakan itu. – 14 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen