[VIDEO] Indira Gandhi menaruh harapan kepada kerajaan baharu


M Indira Gandhi, ibu kepada anak perempuannya, Prasana Diksa berharap kerajaan perpaduan akan memberi sinar baharu terhadap kesnya.

Beliau berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan lebih sensitif tentang isu anaknya yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

Indira berjuang selama 13 tahun untuk bertemu semula dengan anak perempuannya, yang dilarikan oleh bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah.

Riduan mengislamkan Prasana dan dua lagi anaknya tanpa pengetahuan Indira. – 7 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen