[VIDEO] Keadaan luar biasa, PM sesuai jadi menteri kewangan, kata Rafizi


Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

ANWAR Ibrahim lebih sesuai memegang jawatan menteri kewangan sekarang dalam keadaan politik semasa yang luar biasa yang membawa kepada pembentukan kerajaan hasil kerjasama gabungan-gabungan politik selepas pilihan raya umum lepas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Katanya, tiada mana-mana gabungan boleh dan akan berpuas hati sekiranya jawatan itu tidak dilantik dalam kalangan mereka sendiri, dan kerana itulah perdana menteri sendiri yang lebih sesuai sebagai menteri kewangan.

“Oleh kerana keadaan luar biasa, keputusan itu sesuai buat masa sekarang… senang perdana menteri menjadi menteri kewangan supaya tidak timbul isu dengan gabungan yang berbeza,” katanya pada sidang media di Menara Prisma di Putrajaya hari ini. – 5 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen