[VIDEO] Lantik lebih ramai pakar, kata Dr M pada Anwar


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan

ANWAR Ibrahim memerlukan ahli Kabinet yang efektif termasuk profesional untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kos sara hidup tinggi yang melanda negara, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata jika presiden PKR memilih orang yang berkebolehan maka beliau mungkin dapat menangani masalah itu.

Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar tidak memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan sendiri dan terpaksa bekerjasama dengan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Anwar dijangka mengumumkan Kabinetnya menjelang akhir minggu ini.

Dr Mahathir berkata Anwar mesti mempunyai profesional yang cekap dalam menangani isu kos sara hidup dalam Kabinetnya.– 2 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen