[VIDEO] Kami borak-borak layan tetamu, kata Ismail Sabri


Syazwana Amir Sumardi Susilo

NAIB Presiden Umno Ismail Sabri nafi sebarang rundingan di buat dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Bera itu berkata pihaknya hanya melayan PH yang datang ke Hotel Sri Pacific sebagai tetamu.

“Tak, kita tak bincang apa-apa pun. Tetamu datang rumah, kita layan borak-borak,” katanya kepada wartawan selepas sidang media BN.

Ismail sebaliknya menegaskan ahli Parlimen BN masing lagi belum menandatangani sebarang akuan SD sokongan dan meminta Istana Negara memberikan lebih masa. – 21 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen