[VIDEO] Presiden tiada hak putuskan sokongan, kata Ismail Sabri


Syazwana Amir Sumardi Susilo

NAIB Presiden Umno Ismail Sabri berkata Zahid Hamidi tidak boleh membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada Pakatan.

Katanya, keputusan perlu dibuat melalui Majlis Kerja Tertinggi BN.

“Presiden tiada hak dan semalam ada biro politik, jadi biro politik pun tiada hak kerana tiada lokus standi untuk bercakap bagi pihak parti.

“Parti hanya dua saja dengan ketiadaan PAU, MT saja boleh. Kalau melibatkan BN, kita bertanding bukan atas Umno atas BN. Mesti keputusan majlis tertinggi BN. Kalau perkara ini dilakukan, siapa saja buat keputusan, tidak sah,” katanya kepada media di Seri Pacifik Kuala Lumpur. – 21 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen