[VIDEO] Kami miskin, tiada siapa nak derma


Jeremy Seng Sumardi Susilo

PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad malam semalam mendedahkan partinya menggunakan wang simpanan sendiri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, tiada siapa pun termasuk orang kaya yang mahu membantu dan menderma wang kepada parti baharu disebabkan situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Saya jual share saya (saham), tapi tak mahu bagitahulah jumlahnya berapa,” katanya pada sidang media selepas ceramah bersama Calon Pejuang Ampang Dr Ashikin Mabahwi.  – 16 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen