[VIDEO] Anwar tak akan jadi PM selagi bersama DAP, kata Muhyiddin


CITA-CITA Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri tidak akan tercapai selagi masih bekerjasama dengan DAP, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa perkara itu diberitahunya sendiri kepada Anwar dalam satu pertemuan pada 2020, selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Anwar yang juga presiden PKR berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Anwar akan ditentang calon PN yang juga penyandang kerusi itu Ahmad Faizal, calon Barisan Nasional (BN) Aminuddin Md. Hanafiah dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang). – 13 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen