[VIDEO] Mereka tak kenal Umno tapi kenal saya, kata Shahidan


Mohd Farhan Darwis Afif Abd Halim Sumardi Susilo

YAKIN untuk menang besar di Perlis, shahidan yakin pengaruhnya yang besar di kalangan pengundi termasuk golongan muda lebih besar mengatasi pengaruh Umno.

“Saya tidak perlu cerita (soal sokongan), ini semua anak muda. Selama ini mereka tak kenal Umno, mereka kenal Shahidan.

“Selama lebih empat tahun mereka (Umno) tak pernah tolong saya,” kata Shahidan yang ditanya mengenai keyakinannya untuk mengekalkan penguasaan di kerusi Arau.

Matlamatnya dalam PRU15 kali ini jelas iaitu menjadikan Perlis negeri keempat dikuasai PAS, selepas Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Usaha itu juga bagi menamatkan dominasi BN yang tidak pernah gagal mempertahankan Perlis dalam setiap PRU, termasuk ketika gabungan itu hilang kuasa di Putrajaya.– 10 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen