[VIDEO] Bukan saya pengkhianat tapi Pakatan Harapan, kata Zuraida


Fikri Ghazali Nabihah Hamid Hasmizar Hassan

ZURAIDA Kamaruddin berkata beliau tidak sepatutnya dilabel sebagai pengkhianat kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, sebaliknya ia disebabkan Pakatan Harapan.

Beliau berkata PH menggali kuburnya sendiri dengan tidak menyokong perdana menterinya ketika itu Dr Mahathir Mohamad, yang membawa kepada keruntuhan pentadbiran mereka selepas hanya 22 bulan memerintah.

Calon kerusi Parlimen Ampang itu juga berkata dia dipecat daripada PKR sebelum berpindah ke Bersatu semasa Langkah Sheraton, sambil menambah adalah tidak adil untuk dia dilabel sebagai pengkhianat.

“Sebenarnya saya dipecat,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 10 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen