[VIDEO] Tiada jalan mudah untuk PAS di Bangi, kata penganalisis


Mohd Farhan Darwis Fikri Ghazali

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka menang tipis dalam pertembungan beberapa penjuru di Parlimen Bangi yang didominasi DAP sejak tiga penggal yang lalu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata selain sukar mendapatkan sokongan penuh pengundi Melayu, PN juga dilihat tidak berupaya menyaingi DAP dalam merebut undi bukan Melayu.

“Di atas kertas peluang PN agak tipis di Bangi, tanpa sokongan bukan Melayu secara menyeluruh agak mustahil untuk PN menang kerusi ini,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Bangi sebuah kerusi campuran yang mempunyai lebih 300,000 pengundi selepas pendaftaran pengundi automatik, dengan jumlah pengundi Melayu kira-kira 51% dan bakinya bukan Melayu. Pada PRU14, jumlah pengundi berdaftarnya 178,790.

Ia mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kajang, Balakong dan Sungai Ramal atau sebelumnya dikenali sebagai Bangi. Kerusi DUN Bangi pernah dua kali diwakili PAS pada 2008 dan 2013. – 28 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen