[VIDEO] Tak perlu pecat, kami boleh letak jawatan sendiri, kata menteri PN
MENTERI Perikatan Nasional (PN) Abdul Latiff Ahmad hari ini membidas kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang beliau boleh memecat semua 12 menteri PN kerana memohon agar Agong batalkan pembubaran Parlimen.
Abdul Latiff, yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata ucapan Ismail Sabri semasa Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) di Bagan Datuk baru-baru ini sebagai tidak wajar.
Anggota Bersatu itu menambah, jika Ismail Sabri menyatakan niat untuk bubar Parlimen semasa mesyuarat Kabinet lepas, beliau percaya setiap Jemaah Menteri akan bersetuju. – 19 Oktober, 2022.
Komen