[VIDEO] Bolehkah Najib bertanding di Parlimen Pekan selepas dipenjara?
NAJIB Razak tidak layak dicalon sebagai calon Parlimen Pekan kerana beliau telah hilang kelayakan selepas dikenakan hukuman penjara beberapa bulan lalu.
Peguam Haniff Khatri berkata jika ia berlaku tindakan itu jelas sangat bercanggah dengan Perlembagaan 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, di bawah peruntukan perlembagaan, sebelum pembubaran sememangnya pembatalan kelayakan Najib memegang kerusi Parlimen lepas jatuh hukuman penjara telah digantung.
Terdahulu hari ini, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Zamri Ramly mengesahkan nama bekas perdana menteri yang dipenjarakan itu dimasukkan sebagai calon berpotensi untuk kerusi Pekan pada pilihan raya umum akan datang.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas kekal bersalah selepas gagal mengetepikan sabitan hukuman dan denda berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd. – 14 Oktober, 2022.
Komen