[VIDEO] Belum bubar Parlimen, PDM BN sudah bersiap sedia


JENTERA akar umbi Umno Barisan Nasional BN bersiap sedia membuat persiapan mengerakkan pusat daerah mengundinya (PDM) susulan spekulasi Parlimen yang akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Tinjauan The Malaysian Insight di beberapa Pusat Daerah Mengundi PDM Umno Barisan Nasional di Terengganu antaranya di DUN Rawai Parlimen Marang mendapati jentera parti Melayu itu sedang sibuk membuat persediaan seperti memacak bendera parti selain membersihkan bilik gerakan tersebut.

Ketua Penerangan Umno Negeri, Nik Dir Nik Wan Ku berkata perkara itu bukan luar biasa kerana pimpinan telah mengarahkan jentera mengaktifkan bilik gerakan sejak empat bulan lepas sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Jelasnya kerja- kerja seperti mengemas kini daftar pemilih dan bacaan sikap pengundi dilakukan sejak tempoh empat bulan ini. – 8 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen