[VIDEO] Mahu PRU15 awal kerana Umno takut sokongan Melayu jatuh, kata Rafizi
MOTIF Umno mahukan pilihan raya awal adalah disebabkan kebimbangan mereka sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu menurun, dakwa Rafizi Ramli.
Timbalan presiden PKR itu berkata berdasarkan tinjauan terbaru dibuat PKR, sokongan Melayu terhadap parti utama Barisan Nasional itu jatuh daripada 27% kepada 18%.
Berdasarkan tinjauan meliputi 2,500 pengundi Melayu, sokongan kepada parti itu pada awal Ogos adalah 27%.
Peratusan sokongan adalah sebelum skandal kapal tempur pesisir (LCS) tular dan sebelum Najib Razak masuk penjara. – 1 Oktober, 2022.
Komen