[VIDEO] Bila bubar Parlimen? Tunggu pengumuman, kata PM
KETIKA tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi persoalan, perdana menteri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman rasmi berkenaan.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menolak dakwaan kononnya ada pihak menetapkan syarat tertentu supaya beliau memohon pembubaran Parlimen segera bagi memberi laluan PRU diadakan. – 1 Oktober, 2022.
Komen