[VIDEO] PM akan menghadap Agong untuk bubar Parlimen tahun ini, kata Umno


Hasmizar Hassan

MALAYSIA akan mengadakan pilihan raya sebaik sahaja Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan malam ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung selama dua jam bagi membincangkan perkara itu.

“Pembubaran Parlimen akan dibuat tidak lama lagi dan pilihan raya akan diadakan tahun ini. Perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini selaras dengan pendirian Umno bahawa mandat harus dikembalikan kepada rakyat bagi menubuhkan kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akibat krisis dalaman sendiri pada 2020,” katanya pada sidang media. – 30 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen