[VIDEO] Ismail Sabri PM Malaysia, bukan Umno sahaja, kata Guan Eng


LIM Guan Eng mengingatkan Ismail Sabri Yaakob yang beliau bukan sahaja perdana menteri Umno tetapi juga bagi 32 juta rakyat Malaysia.

Kenyataan itu hadir menjelang mesyuarat pemimpin parti itu malam ini bagi membincangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi DAP itu berkata Ismail Sabrimesti mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik peribadi Umno yang mementingkan diri sendiri. – 30 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen