[VIDEO] Dijangka bubar Oktober, Umno bincang tarikh PRU malam ini, kata sumber


Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini akan menentukan tarikh membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung November, kata seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan namanya disebut kepada The Malaysian Insight.

Parlimen akan mula bersidang Isnin sehingga 29 November manakala Belanjawan 2023 dibentangkan Jumaat minggu depan pada 7 Oktober.

Bagaimanapun, ramai menjangka Parlimen akan dibubarkan seawal 12 Oktober.

Difahamkan, pilihan raya umum akan diadakan dalam masa empat minggu dari tarikh pembubaran Parlimen. – 30 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen