[VIDEO] Jangan perlekeh skandal LCS, kata Guan Eng


PERANG mulut antara Lim Guan Eng dan Hishammuddin Hussein terus berlarutan, selepas menteri pertahanan itu didakwa memperlekehkan skandal bilion kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Pengerusi DAP itu mengulas kenyataan Hishammuddin semalam, yang dilapor media berkata sampai kiamat pun Lim tidak akan kata beliau seorang menteri yang berjaya.

Ia susulan Lim minggu lalu meletakkan ahli Parlimen Sembrong itu di kedudukan teratas dalam senarai 10 menteri yang disifatkannya gagal menyelamatkan projek kapal LCS bernilai RM9 bilion. – 28 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen