[VIDEO] Muhyiddin, Hadi bertemu bincang perkukuh Perikatan


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan malam tadi ketika dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) itu secara terbuka dilihat mempunyai pendirian yang berbeza untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pertemuan berlangsung ketika PAS secara terbuka menyebut Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan musuh mereka pada PRU15 nanti sementara Muhyiddin berpandangan sebaliknya.

Pertemuan juga berlangsung di tengah desas-desus ada usaha untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) selepas kerjasama antara PAS dan Umno itu tergendala tidak sampai tiga tahun selepas dimeterai. – 27 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen